01 TEKNOLOGI MAKLUMAT

Sistem Komputer

Dua peringkat pengajian dalam bidang sistem komputer: Diploma Pentadbiran Sistem
Komputer DKM Tahap 4 dan Sijil Operasi Sistem Komputer SKM Tahap 3.

     DIPLOMA

    Pentadbiran Sistem Komputer · DKM Tahap 4

     SIJIL

    Operasi Sistem Komputer · SKM Tahap 3
DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

Diploma Pentadbiran Sistem Komputer · DKM Tahap 4

Pengenalan Kursus

Kursus ini memberi pendedahan dalam bidang sistem komputer melalui pembelajaran teori (40%) dan praktikal (60%). Pelajar mempelajari teknologi sistem komputer dan membina kemahiran untuk kerjaya dalam bidang berkaitan.

Antara tumpuannya ialah pentadbiran sistem rangkaian seperti Windows Server dan Linux, sistem komputer lanjutan, serta perancangan, pelaksanaan, pentadbiran dan dokumentasi rangkaian. Pelajar turut didedahkan kepada pembangunan pangkalan data mudah dan pengaturcaraan bagi menghasilkan projek berskala kecil.

Pada akhir program, pelajar menyiapkan projek tahun akhir yang berkaitan dengan industri dan menjalani latihan industri. Selepas tamat pengajian, graduan boleh meneroka peluang pekerjaan atau melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan.

Modul Yang Akan Dipelajari

  1. SERVER CONFIGURATION
  2. COMPUTER NETWORK INSTALLATION MANAGEMENT
  3. COMPUTER SYSTEM SECURITY CONTROL
  4. COMPUTER SYSTEM MAINTENANCE MANAGEMENT
  5. COMPUTER SYSTEM & NETWORK PROCUREMENT

Prospek Kerjaya

Antara jawatan yang boleh diterokai berdasarkan kemahiran yang diperoleh:

  • Penolong Jurutera Sistem
  • Pemprogram Komputer
  • Penolong Penganalisis Sistem
  • Juruteknik Sistem Komputer
  • Juruteknik Penyelenggaraan Komputer
  • Pentadbir Sistem Komputer
  • Juruteknik Rangkaian Komputer
  • Pentadbir Rangkaian Komputer
  • Pereka Bentuk Laman Web
  • IT Technical Support
  • IT Executive
  • Software Developer

Maklumat Latihan TVET

KATEGORI KURSUS

Sijil Penuh

PELAKSANAAN KURSUS

MT – Mengikut Tahap

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

Sijil Operasi Sistem Komputer · SKM Tahap 3

Pengenalan Kursus

Kursus Teknologi Sistem Komputer memberi pelatih pengetahuan dan kemahiran berkaitan pembangunan, reka bentuk dan pengurusan sistem serta rangkaian komputer.

Pembelajaran turut menyentuh penggunaan komputer dalam operasi perniagaan, telekomunikasi, pemprosesan imej, pembangunan perisian, serta penyelenggaraan dan pembaikan sistem komputer.

Modul Yang Akan Dipelajari

  1. COMPUTER SYSTEM SET-UP
  2. COMPUTER SYSTEM MAINTENANCE
  3. COMPUTER SYSTEM REPAIR
  4. SERVER INSTALLATION
  5. SERVER MAINTENANCE
  6. COMPUTER NETWORK CONNECTIVITY SET-UP
  7. MOBILE DEVICE CONFIGURATION

Prospek Kerjaya

Antara jawatan yang boleh diterokai berdasarkan kemahiran yang diperoleh:

  • Juruteknik Sistem Komputer
  • Juruteknik Penyelenggaraan Komputer
  • Pentadbir Sistem Komputer
  • Juruteknik Rangkaian Komputer
  • Pentadbir Rangkaian Komputer
  • Pereka Bentuk Laman Web
  • IT Technical Support
  • IT Executive
  • Software Developer

Maklumat Latihan TVET

KATEGORI KURSUS

Sijil Penuh

PELAKSANAAN KURSUS

MT – Mengikut Tahap

TAHAP PENGAJIAN 

Sijil Kemahiran Malaysia – Tahap 3

TEMPOH  PENGAJIAN

17 bulan 

LATIHAN INDSUTRI

3 bulan

Syarat Kelayakan 

Umur: 15 hingga 30 tahun.

Kelayakan Akademik: Boleh membaca, menulis dan mengira serta berminat dengan bidang kemahiran yang dipilih

Galeri Latihan Sistem Komputer

Aktiviti pembelajaran dan latihan amali pelajar di Kolej Kemahiran Mentari.

Maklumat kursus ini disusun berdasarkan butiran yang diberikan oleh pihak kolej. Syarat dan tempoh tertakluk kepada pengesahan semasa pihak kolej.

Kembali ke senarai program

KEMASUKAN PELAJAR

Pendaftaran dibuka sepanjang tahun

Terokai program Sistem Komputer dan Elektrikal. Hubungi unit kemasukan untuk memilih program yang sesuai dengan kelayakan anda.
PEMBIAYAAN PENGAJIAN 

Pinjaman pembiayaan penuh PTPK

Pelajar warganegara Malaysia boleh memohon pinjaman pembiayaan penuh daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk yuran pengajian dan elaun sara hidup, tertakluk kepada kelayakan serta kelulusan PTPK.

    Sistem Komputer 

    RM400

     sebulan

     Elaun sara hidup bagi program Sistem       Komputer.

    Elektrikal 

    RM800

     sebulan

     Elaun sara hidup bagi program                          Elektrikal.

     Elaun pengangkutan RM500 sekali             sahaja (one-off) turut disediakan                 khusus untuk program
     Elektrikal.

Bayaran balik pinjaman

Elaun merupakan sebahagian daripada pinjaman dan perlu dibayar balik. Mengikut maklumat pihak kolej, bayaran balik bermula 6 bulan selepas tamat pengajian, secara ansuran selama 120 bulan, tanpa faedah atau caj tambahan.

Butiran pembiayaan dan bayaran balik adalah tertakluk kepada surat tawaran serta perjanjian pinjaman PTPK.