02 TEKNOLOGI ELEKTRIK 

Elektrikal 

Dua peringkat latihan kemahiran pemasangan dan penyelenggaraan elektrik: SKM Tahap 3
Tiga Fasa dan SKM Tahap 2 Satu Fasa.

     SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

    Elektrik Tiga Fasa – SKM Tahap 3

     SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

    Elektrik Satu Fasa – SKM Tahap 2
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

Sijil Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa · SKM Tahap 3

Pengenalan Kursus

Kursus ini memberi pelatih kemahiran berkaitan pendawaian elektrik satu fasa dan tiga fasa untuk persekitaran domestik dan industri. Pelatih mempelajari pengujian dan penyelenggaraan litar elektrik, kawalan motor serta baik pulih peralatan elektrik. Latihan berpandukan NOSS yang dibekalkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor swasta dan kerajaan bagi pelatih yang berjaya menamatkan kursus.

Modul Yang Akan Dipelajari

  1. THREE PHASE DRAWING
  2. THREE PHASE WIRING
  3. THREE PHASE SYSTEM MAINTENANCE
  4. THREE PHASE MOTOR SYSTEM INSTALLATION
  5. THREE PHASE WIRING TESTING AND COMMISSIONING
  6. ELECTRICAL BUILDING AUTOMATION SYSTEM INSTALLATION
  7. ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE SUPERVISORY

Prospek Kerjaya

Antara laluan kerjaya yang boleh diterokai berdasarkan kemahiran yang diperoleh:

  • Juruteknik Elektrik
  • Wireman / Chargeman
  • Juruteknik Penyelenggaraan (Maintenance Technician)
  • Juruteknik Automasi dan Kawalan
  • Kontraktor Elektrik
  • Penyelia Tapak Elektrik (Electrical Site Supervisor)
  • Tenaga Pengajar

Jawatan tertentu tertakluk kepada kelayakan, pendaftaran atau kompetensi tambahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Maklumat Latihan TVET

KATEGORI KURSUS

Sijil Penuh

PELAKSANAAN KURSUS

MT – Mengikut Tahap

TAHAP PENGAJIAN 

Sijil Kemahiran Malaysia – Tahap 3

TEMPOH  PENGAJIAN

12 bulan 

LATIHAN INDSUTRI

3 bulan

Syarat Kelayakan 

Umur: 16 hingga 35 tahun.

Kelayakan Akademik: Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa [F432-005-2:2019].

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

Sijil Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa · SKM Tahap 2

Pengenalan Kursus

Kursus ini memberi pelatih kemahiran berkaitan pendawaian elektrik satu fasa dan tiga fasa untuk persekitaran domestik dan industri. Pelatih mempelajari pengujian dan penyelenggaraan litar elektrik, kawalan motor serta baik pulih peralatan elektrik. Latihan berpandukan NOSS yang dibekalkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor swasta dan kerajaan bagi pelatih yang berjaya menamatkan kursus.

Modul Yang Akan Dipelajari

  1. SINGLE PHASE DRAWING
  2. SINGLE PHASE WIRING
  3. SINGLE PHASE SYSTEM MAINTENANCE
  4. SINGLE PHASE MOTOR AND MOTOR CONTROL

Prospek Kerjaya

Antara laluan kerjaya yang boleh diterokai berdasarkan kemahiran yang diperoleh:

  • Juruteknik Elektrik
  • Wireman / Chargeman
  • Juruteknik Penyelenggaraan (Maintenance Technician)
  • Juruteknik Automasi dan Kawalan
  • Kontraktor Elektrik
  • Penyelia Tapak Elektrik (Electrical Site Supervisor)
  • Tenaga Pengajar

Jawatan tertentu tertakluk kepada kelayakan, pendaftaran atau kompetensi tambahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Maklumat Latihan TVET

KATEGORI KURSUS

Sijil Penuh

PELAKSANAAN KURSUS

MT – Mengikut Tahap

TAHAP PENGAJIAN 

Sijil Kemahiran Malaysia – Tahap 2

TEMPOH  PENGAJIAN

12 bulan 

LATIHAN INDSUTRI

Tiada latihan industri


Syarat Kelayakan 

Umur: 15 hingga 30 tahun.

Kelayakan Akademik: Boleh membaca, menulis dan mengira serta berminat dengan bidang kemahiran yang dipilih

Galeri Latihan Elektrikal

Aktiviti pembelajaran dan latihan amali pelajar di Kolej Kemahiran Mentari.

Maklumat kursus ini disusun berdasarkan butiran yang diberikan oleh pihak kolej. Syarat dan tempoh tertakluk kepada pengesahan semasa pihak kolej.

Kembali ke senarai program

KEMASUKAN PELAJAR

Pendaftaran dibuka sepanjang tahun

Terokai program Sistem Komputer dan Elektrikal. Hubungi unit kemasukan untuk memilih program yang sesuai dengan kelayakan anda.
PEMBIAYAAN PENGAJIAN 

Pinjaman pembiayaan penuh PTPK

Pelajar warganegara Malaysia boleh memohon pinjaman pembiayaan penuh daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk yuran pengajian dan elaun sara hidup, tertakluk kepada kelayakan serta kelulusan PTPK.

    Sistem Komputer 

    RM400

     sebulan

     Elaun sara hidup bagi program Sistem Komputer.

    Elektrikal 

    RM800

     sebulan

     Elaun sara hidup bagi program Elektrikal.

     Elaun pengangkutan RM500 sekali sahaja (one-off) turut disediakan khusus untuk program
     Elektrikal.

Bayaran balik pinjaman

Elaun merupakan sebahagian daripada pinjaman dan perlu dibayar balik. Mengikut maklumat pihak kolej, bayaran balik bermula 6 bulan selepas tamat pengajian, secara ansuran selama 120 bulan, tanpa faedah atau caj tambahan.

Butiran pembiayaan dan bayaran balik adalah tertakluk kepada surat tawaran serta perjanjian pinjaman PTPK.